Tuesday, December 28, 2010

move on..

assalamualaikum :)

satu bnda dalam dunia yg aku rse sgt la sush nak di buat ialah, move on. korg tau tak move on tue apa? nie bkan lah sjenis ride terbaru di genting ataupun di taman tema gambang, tetapi adalah proses melupakan seseorg yg disukai dan meneruskan hidup seadanya. chewwahh, ayat bkan maen lagi akem skrg! ala2 skematik, dramatik, elektrik!

sape kata kalau nak move on kne ada relationship dlu? kalau tak penah in relationship pun, kadang2 kita kne lakukan proses move on ini. prosesnya tak mudah seperti senangnya proses membunuh jentik2, ataupun semudah soalan2 yg diberikan oleh si jelitawan scha di dalam rancangan 'kata kau'. prosesnya sgt la rumit, sampai kadang2 taktau nak mula dari mane.

bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. kwan2 kita senang2 je sruh kita move on acapkali kita break up. betol tak? dorg nie kadang2 tak paham tau. asal bole je sebut perkataan 'move on' tu, disuruhnya kita move on. tak reti bahasa betol. kau ingat senang ke wei? susah tau!
setiap kali ditanya apakah langkah2 yg perlu diambil utk move on? jawapan cliche adalah, delete gambar di dalam hp atau di mana2 sahaja. haa, ini langkah basic la org kata. klau nak mkan kne baca doa dlu kan? mcm la jgk nak move on, kne la buang segala bnda yg ada kaitan dengan org itu, sebab takde la plak aku dgr ada doa sebelum move on. kalau nak doa ke hapa, g tanya org lain, sebab aku tak tau. kalau dapat doa move on, pm fb aku okk??

biarpun begitu, move on tetap susah tau. nak delete gambar kau ingat senang? memang la nak tinggal tekan je, tapi sanggup ke? mcm la jgak kau nak tembak burung gagak takpun babi. walaupun tinggal nak tarik je picu tu, tapi kekentalan amatlah diperlukan. tetiba teringat lirik dalam lagu rihanna, russian rolette. 'so just pull the trigger'..

dulu time kita suke kat someone, mesti kita simpan pics dia kan. suke sgt nak simpan. kalau tak dapat tangkap secara live, akan ada yg rembat kat fb mahupum myspace. alaa, bnda mcm nie standard la kan kita buat. mcm aku taktau! setakat rembat je takpe, nie ada yg siap edit bagai. haihh, org tgh suka. tak cukup parah lagi? haa, nie plak ada yg delete gmbar family sebab memory dah penuh. kalau tak delete gmbar family, mne nak sumbat gmbar kekasih hati nie? haa, demi cinta, keluarga pun sanggup kita ketepikan. nampak tak, nak mengejar cinta byk yg kita kne let go tau. tu la antara sebab knape la sush sgt kadang2 kita nak move on. sebab, byk bnda kita dah korbankan mse becinta dulu. so, jgn la ingat senang nak move on. sangat lah susah, dan sangat lah sakit.

macam la jugak bila ada yg sanggup menjanda ataupun menduda selama berbelas2 tahun. bukan sebab dorg tak laku ataupun tak mampu, tapi sebab dorg tak bole nak move on. memg la dorg bole nak meneruskan hidup, tetapi nak melupakan org yg kita sayang tu yg susah. kalau la ada satu org perempuan, yg selalu kne pukul dgn husband dia, dan dia taknak mintak cerai. bukan sebab dia bodoh, taknak meninggalkan jantan tu, tapi dia kne pikir byk bnda yg dah dia tinggalkan saat dia bersetuju utk berkahwin dgn jantan tersebut. jgn la kita sesedap mulut nak cakap org bodoh sebab dorg nie tak bole nak move on. fahamilah dorg, bantulah dorg. dah mcm rancangan bersamamu plak kan blog aku nie.

kadang2 memg la kita geram bila ada yg taknak meninggalkan partner dorg bilamana mereka menghadapi masalah yg rumit. kawan aku pnye bf dah kantoi cheat berbelas kali, tapi kwn aku tetap taknak tinggalkan bf dia yg lahanat tue. memg la rse mcm nak sepak2 muka kwan aku tu sampai dia move on, tapi aku taktau apa yg dia rse. so, aku bole tlong dgr and doakan je lar utk kau. moga2 bf kau berubah, takpun biar kau tue berubah hati. aminn~

aku pun penah gak nak move on. tapi, bukan lah move on sebab break up. aku punya tak sedasyat tue. sekadar nak move on dari org yg aku ske. ye la kan, lagi2 bila kau tau yg memg imposibble nak dapat dia. so, aku kne la move on kan? carik org lain yg dapat terima aku. tak kesah la, ape je yg aku dah buat utk dia, aku redha. aku kne jugak move on. tapi, percayalah! tak senang nak move on! mula la kau teringat bnda yg penah dia ckap kat kau. bnda yg korg penah buat sme2. kalau lah move on tu senang mcm korek idong takdenya aku nak menaip pnjang2 mcm nie. dah la senang, sedap plak tu. asyikkk~

aku respek member aku sorg nie. aku penah la text dia, mngadu domba la masalah aku yg nak move on nie. dia kata kat aku, kalau nak move on, kita kne pastikan yg kita occupy hari2 kita dgn bnda yg dpat buat kita lupa. kalau ikut aku senang je, tido! tapi kadang2, bole dtg dlam mimpi gak tau. ntah la, aku harap la aku kuat mcm member aku sorg nie. persoalannya skrg, yg aku emosi nie pehal? tak memasal :)

pernah tak korg get attached to someone? mcm, korg ske kat dia. korg pun layan la dia, penuhi segala apa yg dia nak. korg jadi pendengar yg setia. selalu ada bila dia memerlukan korg. of course la dia layan korg sbg kawan, but you don't usually treat ur normal friend sampai mcm tu sekali. tapi, dia taktau la kan yg korg ske kat dia dan dia anggap yg korg pun layan dia sbg kawan. haa, sedih kan? apa yg korg akan buat? adakah korg akan stay sbg kawan, dgn harapan perasaan korg trhadap dia akn hilang? atau korg sanggup ambek risiko utk confess and bia dia decide to stay or to end korg punya so-called frienship? but for me, i am not a risk taker. i'll rather living the lie and hoping for my feeling to fade. aku tak sanggup wei. kalau la ktorg good to be friends, why should i take a risk and ruin everything? i can always pray to God and hoping for better tomorrow. bajet suci je jawapan aku kann??

kadang2 bnda mcm nie tak bole nak cakap. kita tak tau apa yg akan jadi nnti. so, baik kita prepare awal2. ada pepatah eng yg berbunyi, never allow someone to be ur priority, while allowing urself to be their option. ingat, takde bnda yg kekal kat dunia nie. lagi2 cinta antara manusia. tapi, cinta Tuhan kat kita kekal dunia akhirat. so, apa2 pun jgn la lupe kat Tuhan. He knows what best for us. kadang2 bnda nie la yg buat aku kuat nak move on!

lain org, lain cara. sesungguhnya nie pendapat aku semata2. mne2 yg korg rse kurg bersetuju, biasa la tu. kadang2 aku pun syok sendiri gak. kalau korg nak syok sendiri, buat2 lah blog ye? kalau ada blog, nak tulis apa pun tak kesah.

andd.. aku nak ucapkan terima kasih kat kengkawan aku yg ada, bila aku dalam kesusahan. dorg nie dah mcm wonderpets. thanks la korg. lega skit bila dapat share things with ur besties. spe cakap, hidup sorg pun bole? aku tak bole wei.. gler lifeless! hahaha..

oke lah, sebelum korg termuntah bce madah berhelah aku nie, baik aku stop. mne2 yg terkena kat btg hidung, mintak maap la ye. bkan niat nak knekan sespe pun. dan kpd si dia, moga awak berbahagia. saya kat sni, akan sentiasa doakan awak! awwaww~ sweetnya saya! tau dah! hahaha..

and korg, tlong doakan aku dapat sambung degree law! nak sgt aku buat legal studies. nak jadi lawyer! kalau tak dapat pun takpe, dah bkan rezeki. oke lah, sampai ketemu lagi di entry yg lainnya.

byee~

No comments:

Post a Comment