Sunday, November 14, 2010

bilamana kertas exam color kuning, menceriakan semua

assalamualaikum :)

berlatar belakang kan bilik yg bersepah seperti selalu, aku pun menaip dalam keadaan yg tergedik2. bru lepas abes paper costing. paper tu color kuning siott. aku pun tak penah percaya yg color indicate darjah kesusahan. tapi, nak bandingkan paper nie dgn paper laen yg color putih memg berbeza la. soalan dia lebih tenang. lebih jelas, terang dan nyata. haa, hambek kau hukum tajwid terus.

tapi senang dia tidak la sesenang mengorder barang di smartshop. tu senang sgt. tapi kira bole lar. aku pun jawab tadi tersengih2. bkan sebab senang, tapi sebab panas. aku pun cam confused, nak sengih ke nak masam. *motiff confused?*  dgn mood nak balik, wpun aku balik besok, aku pun buatlah. pada minit ke 135, aku pun selesai menjawab dan berlalu pergi. muka kne bangga sbab kelua awal. hehe.. padahal jwb ntah mcm apa.

kelua je aku jmpe syah dgn farahin. bebudak nie pun happy je. lpas tu tica, zaki and elli pun kelua. beborak sakanlah kami hendaknya. tergelak2 mcm org tak siuman.
lpas tu semua org kelua. si faizal and the gang pun happy je sebab dah habis diploma, katenya! amin~ maka kami bersalam2, berpeluk2 serta belaga2 pipi sebab smua nak balik rumah dah. aww~ sedihh okk.

nway, aku sebenarnya bukan nak citer sgt kesah paper aku yg color kuning tu. aku sebenarnya nak cter pasal color kuning. aku suka color kuning, wpun kulit aku mcm tak berapa nak mengizinkan. tapi apa salahnya, beyonce tu konpiden je pakai kuning. kulit ktorg lebih kurg je :)

antara bnda yg paling aku nak ialah, kereta mahal color kuning. huiyooo~ kalau pakai color kuning dari jauh dah bole nampak. apa guna kan pkai keter mahal klau tak tunjuk. bkan maen belagak, patot la tak dapat. lpas tu aku suka tgk org pkai cover utk BB yg rubber tu color kuning. mcm sgt stylo mylo. aku mne ad BB, so tgk org punye je lar.

tapi kalau baju, memg lambatttttt lagi nak pakai color kuning. tggu New York Skin Solution sponsor aku, baru bole pkai baju color kuning.

lepas tu, ada sorg jr aku paki kasut tiger color kuning. kasut itu sgt la smart. kalau aku pakai, memg bejalan kaki kat atas sbab takot org tak nampak. haa, menunjuk lagi nie! 

ouhh, kpd si dia,saya suka tgk awak pkai color kuning. cute!

oke2, tu selingan sahaja. jgn nak spekulasi sgt. aku mne ad sesiapa. tggu la kuih bulan jatuh ke riba, baru aku get into a relationship. but for now, i'm so single and not that available. theres a lot of things that shud be considered. bkan sombong, atau apa. cuma, belum masanya lagi.

kesimpulannya, color kuning memg besar ertinya kpd kami. sebab paper yg color kuning tu lar, semua org happy. sebab dorg percaya. tapi, aku mnyampah je tgk muka bdak2 dekan yg kelua je hall merungut sbab tak bole buat. mcm siot. kau gler plastic sampah. tak payah nak menangis sgt la kan. bila aku tgk, aku rasa mcm ad satu manusia yg berkulit licin dtg kat aku yg berjerawat nie and dia merungut sbab ada jerawat. ishhh~ annoying la gile! kau tak payah nak belakon sgt. konon2 humble la kau tu? harghhharghhtuihhh!
hambek kau. hahaha.. over pulak kan. tapi xpe, biakan je dorg.

mlam nie nak kelua gie shisha kot. farid pun dah habis diploma. nak la gak kelua dgn dia. ye lar org duk muar. aku plak duk s.alam. bila lagi nak kelua kan? hash dgn shafiq, aku bole jmpe mse dkat kl. apa2 pun thanks la korg for everything. sem depan bosan la aku. haihh~ :(


oke la, brg2 pun harus di kemas. esok, pagi2 mak bapak aku sampai. lpas tu nak ke mana aku taktau. mak aku kata rahsia. wahh~ bukan maen lagi ye kau su! nme mak ak su. hahaha.. selingan sekali lagi.

balik s.alam aku nak jmpe cousins aku. nak update cter2 bimbo dorg. and of course jmpe kwn2 lepak-mlam-smpai-pagi aku. and aku dah plan dgn syamil yg ktorg nak cari keje. aku gler nak keje, sbab tak penah keje. :)

maka berakhir la sudah entry kali ini. aku nak mandi lpas tu kemas barang. nie last entry aku kat uitm pahang utk tahun ini. terima kasih kepada yg terlibat.selamat bercuti. kalau jmpe kat mna2, tego2 la ye. jgn la nak belagak sgt kan? kau pun muka asal bole je. x payah la nak belagak. aww~ totally gonna miss jengka. *ayat jilat bontot*

maka, nie lah entry aku yg paling byk perkataan 'kuning'. I LOVE U KUNING!

okiedokie *feeling2 minah rempit* bye :)

Friday, November 12, 2010

kerinduan :')

assalamualaikum :)

abg bru lpas tgk movie dgn roomate2 abg. aerie pun ada jgk. ktorg tgk cter hantu indon, keramat! bes la jgk cter dia. dari aku muntah mengadap manual costing, baik aku tgk movie kan? bdak2 uitm mesti setuju dgn aku. kecuali roomate ak si fiqry. dia memg makan buku, minum buku, semua buku. kot la klau buku bole makan, memg gemok la mamat nie. asal g kedai tomyam, memg dia order buku goreng tepung la kan? yg aku nie mempromote si fiq dah knape? haishh~ tgk movie memg xtvt wajib ktorg. aku rse semua bdak uitm akn tgk movie secara berjemaah. yg movie satu kaler pun tabah je tgk ramai2. pastu gie toilet pun ramai2. ckap nak beron, padahal... :)

haa, entry kali nie mcm nak syahdu skit. nak cter psal kenangan dduk kat kolej kediaman di uitm pahang nie. ye lar abg nak blah dah lg 3 hari. next sem dah kne duk lua. mne dpat hostel. bg chance kat bebudak baru plak. kesian, bru nak idop. oke, aku duk kat kolej nie dari part 1 sampai la part 5. mesti la byk bnda jadi kan? aku nie plak tak reti duk diam. mcm2 ak buat. *oke, itu tipu* tak kesah la. yg penting aku sedih. sgt sedih. sedih la jgk. bole la nak ckap sedih. kesimpulannya, aku memg sedih, tak tipu.

mse part one aku roomate dgn wan. tp, mse tu aku tak rapat sgt dgn wan. sebab kelas ktorg tak sme. tp, aku oke je dgn dia. aku pun jarang duk bilik, selalu lepak bilik boss dgn jijol. duk la kat situ. bilik aku, aku buat mcm four seasons. nak mandi bru aku balik. so, tak byk sgt kenangan kat situ. yg penting, kat bilik boss bole belaja mcm2. bahasa jepun la, filipina la. belaja ilmu ghaib la. aku selalu la melangok dgr cter boss nie. sbb mse tu xde laptop lg. klau dah ad, gudbye la boss! oke, itu sumpah jahat. tapi bnda yg paling aku ingat, bila jijol kne prank call dgn zaki. mintak postpone hantar assignment ye bang? haa, memg dpat la kan?? sumpah kelaka..

part 1 sampai part 5 bnda sme berulang.. antara aktiviti faveret..

DTG BILIK ORG, TNYE ADA GOSSIP BRU KE TAK. YG PENTING KUNCI PINTU :)

KUMPUL RAMAI2, PASTU BUAT LAWAK BODO :)

BEGADO DAN BERSELISIH PAHAM :(

MASAK AIR DAN MKAN MAGGIE :0

STUDY SAMBIL GELAK2 MENGUTUK ORG :)

MEMBAHAN2 :0

PEGI DINING RAMAI2 :)

TGK MOVIE PELBGAI GENRE BERJEMAAH. TGK MOVIE YG SATU KALER, SORG2 :)

TIDOOOOOOOOOOO :)

MENJERIT2 :0

DAN BERMACAM2 LAGI KAN KORG? :')

haihh~ mesti korg yg tgh baca akn menambah2 kat list aku nie kan? sedih wei. dah nak blah dah. rse mcm nak stay je kat kolej nie. duk lua bosan la. lifeless! tapi nak buat camner, kolej nie bkan bapak aku yg punya mahupun ahmad albab yg punya. tapi, uitm punya. pi mampuih dia la nak buat lagu mna!
janji duit mkn masuk tiap2 bulan oke?

2 tahun setengah duk kat dalam nie, memg best. walaupun tak mcm 4 seasons tapi aku bahagia je. rasa disygngi. lepas nie dah takde da abg jual nasi lemak door-to-door. lepas nie duk umah sewa, org buat gores dan menang, memg aku gores muka dia. =.='

so, dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kat roomate2 ak yg dari part1 sampai part5. halalkan mkan minum. halalkan sabun basuh, shampoo, colgate dan bermcm2 lgi. yg berdengkur mlm tu, aku dah lama maafkan korg. hahaha :) thanks sebab tahan dgn perangai aku yg fabulous nie. thanks korg! tapi, aku paling terasa rapat dgn roomate2 part 5 la. farid, din, aliff, jijol dgn fiq. budak2 nie perangai mcm haram. nseb baek la dorg still duk ngan aku nex sem. haihh, ntah apa la jadi kat rumah aku nanti. haa, bra korg jgn nak merata sgt eyh. klau aku jmpe, aku rebus sruh kau minum. 

nak membebel pun dah tak gne. sbab, aku nak tido. plan nak bfast berjemaah besok. so, kna la tido awal. jengka xde air lagi. cool kan? memg menguji kesabaran aku duk sini. fear factor punya produksi klau nak bg peserta muntah, silalah ke toilet kami. konfem, selamat 1jutaUSD kau tu. semua mesti tersingkir. busuk, bau bangkai. euww~ papehal pun, THANKS KORG! kpd semua la yg menceriakan hari2 aku kat kolej selama nie. :) sedih oke. syahdu oke :')

lagi satu nak cakap, jemput la dtg rumah aku next sem. nanti aku buat house warming partayy. kasi panas skit rumah tu. perabot semua ikea oke! lorenzo skit2. hahaha :) motif la kau, berangan!!

dah la tu. ngantok sudeyh. laptop kata pergi, tilam kata mari. apa lagi, saya minta diri..

xoxo *feeling2 gossip girl kejap* bye :)

Thursday, November 11, 2010

kami merantau untuk mandi, kami mengengkang sebab kami nak beron!

assalamualaikum :)

dengan berbaukan shampoo herbal essences, aku pun mula la menaip entry nie. persoalannya skrg, kesah ke korg aku pkai shampoo ap? oke, abaikan. tajuk entry pun dah meletop, ala2 geli geleman pun ada jgk. beron tu maksudnya kau nak buang air besar la. haa, knape nak kne merantau dan mengengkang nie? mesti suspen kan? nie klau erma fatima nmpak, trus nak buat teater.

ok fan2 ku semua. fyi, uitm jengka xde air tau. ktorg berharap kpd tangki kat kolej nie yg besar nya tak la seberapa. kira kalau bdak nak berendam pun tak basahlah kiranya. very the manja2. dgr cter mesin pam kat batu sawah rosak. haa, bkan maen lg kan. tiap2 sem rosak, campak je kat lombong.

ktorg nie pun selalu la kne bejalan, *selalu ke?* klau nak mandi. dgn roomate2 aku yg batak cam hapa ntah nie. kami pun bergelak besar la melihat gelagat bdak2 uitm yg nak mencari air nie. haa, time camnie la nak show off tuala kau! cantik2!

maka bermandi manda lah kami blok2 akademik. menyanyi di mlam hari. wpun kami sgt takot sebenarnya. kau gler hapa, jengka kot! mula la time mandi teringat yg bkan2. cter sundel bolong yg aku tgk mse darjah 2 pun bole terkelua kat kepala otak! psycho kan? haa, tau dah.

mse nie la kami lepas geram. hajat yg di simpan dari pagi, kami teran dgn sekuat hati. sampai ad yg melalak2 nak beron. duk kat lua pintu merayu2 sruh cpat! parah kan? sape kata xde air bole idop? memg bole idop, tapi nak berak la yg x bole. membasi dah bahan buangan bru dpat keluakan. sadis tak sadis.

tapi time camnie la yg menguji persahabatan. sanggup tak kau tahan beron, sbb kwan kau pun nak beron jgk? sanggup tak kau menahan air mata sebab tak tahan bau beron kwn kau? haa, tu semua la kayu pengukur tali persahabatan kita. awww~ sweet sgt!

ok lah korg, nak gerak gie mkan ngan hash. nanti aku buat part 2 punya oke. jgn risau la! aku memg ske tulis blog nie. tgh batak. haha..

okeoke, lpa dah. bye :)

Wednesday, November 10, 2010

misi meneruskan idop seminggu dgn RM50

assalamualaikum :)

tengok entry nie, mesti roomate2 aku buat mke terkejut. mesti tertnya2, bole ke misi nie berjaya. susahnya misi nie mcm nak antar bantuan dkat gaza. memg sush uolls! hambek kau memondan kejap :)

korang tau tak, *sambil menepuk paha korg* aku ada duit 50 henggat je nak survive seminggu kat uitm nie. kalau sebelum nie, 50hengget tu 3hari dah abes, skrg kna tahan seminggu. mampoih la aku kan. xpe2, kta kne cuba!

nie semua gara2 bpak ak menyirap sbab ak habeskan rm150 dalam mase 5hari. ye, 5 hari! kann? kalau aku pun aku menyirap. nak kata belaja kat aussie, memg tak la kan. tapi dah memg tabiat aku. boros!

so, tadi aku dah withdrew 50 ak kat bank islam. aww~ my last penny! :( haa, tadi aku lunch 2hengget je. makan sambal telo. nasi puteh and ais kosong. uihhh~ touchy sgt. tgk jojo mnum air tembikai aku rse mcm nak lari bogel. tapi, apkan daya aku mnum la jgk.

tapi, bila dah tkde duit nie mkan ap pun sdap. ap pun habis. kalau tak jgn harap la mknan lunch aku nak licin. memg harapan. tu time duit byk. belagak. so not good dikk oii.. :0

ap pun aku happy dpt roomate2 yg supportive. dorg yg tlong aku jalankan misi nie. uitm plak vavi, tak msukkan allowance mkn utk bulan nie. okeoke, sori uitm. tak sengaja ckap kau vavi :p

skrg nie tgh tggu roomate2 ak kol nak g dinner. bajet utk dinner ak, 2 hengget je. ishh, kan bes kalau ada kdai mkn 2 hengget. sng idop ak. so korg, kalau la aku yg boros ala2 paris hilton pun bole survive mesti korg pun bole. *baru sekali dah poyo* :) berusaha la utk berjimat. jgn nak hambur2 kan duit kau tu. kau ingat kalau asyek nak meminjam je, org tak menyirap? bak kata mak aku "tokeyh babi pun bungkus"

akhir kata, selamat menjamu selera. abg nak gie mkan nie. dah pegang dah 2hengget kat tgn. tak sabar nak minum ais kosong lagi. =.='

korg, bye :)

Tuesday, November 9, 2010

kecurian di uitm

assalamualaikum :)

post kedua, dalam masa tak sampai satu jam. ye lar org baru dapat. cube klau kau, bpak kau belikan hp baru mesti kau bwak tido kan? kjap2 bngun check hp. cam batak =.=' bukan maen merendah diri aku membatakkan diri sendiri. ok, enough!

the 2nd post, i wanna talk about a tragedy that happened to one of my friend. korg tau tak, *sambil mnepuk bahu korg* hp dia hilang bai. kat dalam bilik. siot tak siot wa ckap lu. kesian aku tgk mamat tu. muke sedih je mse ktorg kelua mkn sme2.

dlu laptop dia penah hilang gak. aku mcm tak paham la dgn budak yg curi  nie. cam org tak cukup duit plak kan, nak ambek brg org. kau bodo hapa, g rembat brg org. klau da tak mampu dik oii, buat la cara. dosa pun tak dapat, maki berbakul pun kau x dapat. tu belum doa2 yg tak baik utk kau. kasi mata senget la, hidung takde lobang la. mcm2.. elok2 dpt nikmat korek idong, dah x dpat. sebab ap? sebab mencuri. dan sebab ap? sebab doa org teraniaya memg makbul.

kau tak tau mcmana dia nak mndapatkan bnda tu. kau snang2 dtg merembat. dulu kwn ak penah mnangis pensil shaker dia ilang. siap ckap kat ktorg yg dia kumpul duit 6 bulan nak beli pensil tu. =.=' cuba kau bayangkan perasaan dia bila dia tau yg hp dia dah kna rembat? memg rasa nak merembat la kan.

tapi kwn aku nie very positive. dia cool je. ye la kan, tak dapat pencuri tu. kalau dapat, mau kne smackdown bdak tu. icu kau terus. mkan guna straw. ingat la ye kwn2. kalau xde duit mintak ngan kawan. lagi elok dari mencuri. kalau mintak, maybe kwn pun mnyirap, tapi kalau curi takot Allah mnyampah dgn kita. ishishish~

haa, lagi satu nak ckap skit nie. hang kalau terjumpa brg ke hapa, pulangkanlah kat tuan dia. nie kalau nampak singgit atas jlan, cpat2 pijak. kdang2 siap bgado. yg kapel siap clash sbab berebutkan singgit. tak patot! aku bukan nak jadi baik, nak bgtau je, bgtau kat diri aku sekali. bak kata roomate ak, sampaikanlah walau sepotong ayat. haa, gitu! tapi nie bukan sepotong dah, berjela bkan maen! biasa la, baru dapat :)

so, korg! bia buruk muka jgn buruk perangai jadi pencuri. kau mkan la duit haram. nnti org doa yg tak baik bru kau tau. klau dah tumbuh bnda kau tu kat dahi, camner? nak pkai selua kecik kau tu kat kepala? haa? spe nak jwb?

ok la korg, dah siang pun haa. tak tersedar pula akn kesiangan ini. hanya sedar akn kesialan pencuri2 yg cam kiwak itu. maka, beradulah saya hendaknya selepas ini. kpd kwnku, bersabar la. nnti dapat la tu hp bru. iphone 4 ke, bb torch ke, takpun humble ckit pkai nokia torchlight. haa, bru xde org nak curik..

dahdah, bye :)

adakah ini satu keperluan?

assalamualaikum :)

haa, saya budak baru nak berblog *ayat cliche* so, be nice okk. aku tgk semua org ada blog. kadang2 time tgh mandi aku terpikir la nak buat satu blog. nak bgtau org ramai shampoo apa aku pakai. sabun basuh apa aku guna. dan bermacam2 lagi. balik je dari toilet, mesti ckp kat roomate2 ak, "nak buat blog lar!". dorg pun akan buat mke bodo, malas nak layan. padahal jeles. sebab aku popular dan patot ada blog. haa, gitu la dia.

tapi adakah merupakan satu keperluan utk kita berblog? bg aku memg tak la kan. tak matinya tak blog. tapi gatal nak buang masa. nak cari alasan taknak buat assignments. dan yg paling penting nak nmpak cool la bila ad blog. kadang bila aku update status panjang2 kat FB, org akn suruh aku buat blog. ye la kan, mnyemak je kat news feed dorg. kalau ak pun aku marah.

lepas nie spe nak tau gossip, kna bce blog aku. penat la nak becerita kat korg, sorg2. bole mengah tau asyek nak begosip je. so, madah berhelah aku bole dibaca di blog aku. lagi satu, blog aku memg blog bahasa melayu. sbab aku belum ambek muet. kang buat blog english, ramai nak jadi cikgu grammar. org melayu bukan bole kita nak lebih sikit, dicarutnya kita nanti.

berbekalkan dengkuran roomate2 aku yang ala2 bunyi wisel nie maka lahirlah blog aku nie. kalau aku rajin, maka akn ada la post baru. kau kalau rasa nak mngutuk aku, baik tak payah bce blog aku. kau g buat bnda lain. haa, jgn dah ske nnti, duk ngadap blog aku satu hari suntuk. mangamuk plak bpak kau kang! g class mengantok. bila lecturer marah, kau petik nama aku. dah knape plak kan?

oke la korg, nak tido. ahad nie last paper ak. paper costing yg sgt la vavi! tggu tau! nnti abg update blog nie lg.

bye :)