Tuesday, December 28, 2010

hak memg hak, tapi betul ke..?

assalamualaikum :)

dalam dunia nie semua org bcakap psal hak. betul ke salah, tak penah pun org kesah. kalau begado mulut, mulalah kita mencaci org lain. bila org marah, kita akan cakap yg mulut tu kita punya, suka hatilah nak cakap apa. soalannya skrg, mne kita beli mulut tue? bkan ke kita pinjam je dari Allah? knape sesuka hati je kita cakap yg mulut kita, ikut suka kita la nak ckap apa pun. kadang2, kita nie dah menyimpang jauh. jauh akem oii.. jauhh!

jom la dalam entry kali nie kita bermuhasabah diri kejap. renungkan balik dosa kita dgn org sekeliling. aku bukan la nak ganti fadzilah kamsah ke hapa, cuma sje je nak becerita. mne tau la tau kn kalau dapat pahala. kan Allah kte, kalau ckap bnda yg baik ada ganjarannya. so, kalau ada yg nak termuntah sebab tak sangka aku yg tulis nie, tak dapat la aku nak menolong. people changed la siot. change kejap pun jadi la. at least kalau kejap lagi aku jadi jahat balik, ada gak bnda baik yg akan kekal iaitu entry aku nie. Insyaallah..

di kala kwn2 kita sruh solat, kita buat mke tak bersalah pun. bukannya susah sgt pun klau nak solat. tak sampai pun 10minit. kalau tggu bus nak g sunway pyramid, 30 minit pun kita sanggup. aku pun bkanlah baik sgt, sbab tu aku gne word 'kita'. kadang2 ada gak terdetik dalam hati yg kubur lain2, jge je lah hal masing2. knon2nya hak la tu. hak kita nak atur ibadah kita sendiri. sedar tak sedar, kita memg jenis tak sedar diri. tu pun hak dia jgk nak tego kita. sebab, klau dia tak tego kemungkaran yg kita buat, dorg akn dapat dosa. dalam dunia nie ap bnda yg memg hak kita secara mutlak? mne ada john! semua tu hak Allah. kalau la kot kau dpat pkai hummer, tu pun rezeki yg Allah kasi atas izin dia. jgn la nak belagak sgt. mudah je perkataan 'hak' tu keluar dari mulut kita.

lagi satu bab menegur atau membetulkan kesalahan org. haa, nie memg byk terjadi. bila kita nmpak salah org mesti akan ada yg nak membetulkan. org paham niat murni kita tu, tapi kadang2 salah caranya. bak kata pepatah, niat tak menghalalkan cara. contohnya, nak tego org tak solat. bole ke kita nak perli2 si bdak yg tak solat nie? memg tak baik la kan. memg la kita pun tanggung dosa kalau tak tego, tapi cara nak menegur tu kne la betol. ataupun, nak membetulkan grammar org. kita kne la tego elok2, jgn la akhirnya nanti kita memalukan org tu plak. sebab, nanti kalau org malukan kita plak, amacam? sebab kita pun bkan sempurna sgt. nanti org ckap yg grammar perfect, tapi bnda dalam Quran tak penah pun nak ikot. haa, kan dah malu. kadang2, klau kita tak penah dimalukan bukan maksudnya kita perfect, mungkin org malas nak bukak keburukan kita macam mana kita suka nak bukak keburukan org lain. silence is not an acceptance okk!

whenever God closes the door for us, He will definetly open the window. maksudya, takde manusia yg perfect. ada yg lebih kat sni, tapi kurang kat sane and vice versa. so, jgn la nak mendabik dada sgt hidop kat dunia nie. kadang2 nak luahkan pendapat tu tak salah. tapi, cara kita melakukan tu yg kne betol sebenarnya. kadang2 bahasa yg kita gunakan tu biarlah berhikmah. biar sedap org mndgrnya. kan lebih aman kalau mcmtu. lagi satu jgn lah di buka aib org lain. kalau tau aib org tu, jgnlah diheboh2kan. memg la kadang2 aku buat jgk kan, tapi sme2 lah kita elak bnda mcm nie. sebab, takot aib kita plak yg terbukak nanti. kan lagi elok kalau kita mendoakan sesme sendiri. sme2 dapat keredhaan. buat apnya nak gado2. kalau la kita nie jenis kuat solat, doakan la kwan kita yg tak solat tue.

mcm la jugak pasal pakai seat belt. memg la klau ikut, hak kita lah nak pakai ke tak. tapi, bila memikirkan keselamatan, kita kne tolak tepi bab2 hak nie. dah kalau gigi kau melekat kat dash board bru kau tau! jadinya, wajiblah semua memakai seat belt utk kesejahteraan bersama. mcm la jugak knape bunuh diri tu haram dalam islam. memg la hak kita nak mati ke hapa, tapi kesan yg akan terjadi lpas tu kita kne pikir jugak. kadang2, hak individu yg sibuk sgt kita nak juangkan nie sbenarnya bole memberi kesan pada org lain. contohnya, bila usa rse yg dia ada hak keatas afghanistan lepas terjadinya 9/11. tgk apa dah jadi pada rakyat afghanistan? secara sosialnya mereka dah byk dicemari. byknya askar luar di tempat mereka sampai membawak pengaruh yg buruk. bnda nie pun memburukkan hubungan usa dgn dunia islam. walau apa pun, sebelum nak buat apa2 kne pikir dlu. ada baik dan mesti ada buruknya. haa, dah mcm jejak rasul plak kan blog aku nie :)

so, kesimpulannya hak memg hak. tapi ianya bole jadi betul utk dilakukan atau dia bole jugak jadi tak elok utk dilaksanakan. so, sebelum nak menegakkan mana2 hak, pikir2kan lah baik dan buruknya. jgn plak kita menyesal nanti.

entry nie maybe mcm menyimpang jauh dari yg biasa, tapi nak buat mcm mana kan. mase entry nie di taip, aku tgh emosional skit melayan perasaan. mse nie byk sgt bnda yg jadi dalam idup aku dan idup org sekeliling aku. aku pun rse kadang2 aku nie mementingkan diri. sebok sgt nak tegakkan hak aku, sampai lupe yg org lain pun kita kne kesah jugak. sorry la pada mne yg penah terasa dgn aku. kadang2 aku nie over reacted skit. kwan2 aku pun ada yg panggil aku emo bitch. lepas nie nak tego, tego je la ok. tapi, cara kne la yg elok. aku tak kesah kalau kau memg ikhlas nak tego aku. aku pun nak gak jadi baik takkan sampai bila2 nak jadi jahat. ouhh, aku rindu la sorg nie. dlu selalu pesan2 kat aku. sekarang, dia busy kot :) nway, thanks korg sebab still bce entry2 aku. kalau ada yg terasa dgn entry kali nie, mintak maaf la ye. aku tak bole nak jge hati semua. so, maaf je yg aku mintak kat korg.

aku jgk nak berterima kasih kat kengkwn aku yg sentiasa ada bila aku nak bermanja2. kadang2, kita tak rse yg kita nie ada kawan pun sampai la dorg dtg tolong kita. aku ada la tgk cter cina, dia ckap yg kwn tak mengharap terima kasih pun. tapi, dah adat la kan kita nie org melayu seharusnyalah beterima kasih. mne2 kwan2 aku yg nak tego aku, tego je lar ok. insyallah aku cuba berubah. and kalau yg rse aku degil ke hapa, jgn la berhenti nasihat aku nie. aku nie dpan2 je buat2 tak kesah. kadang2, sbelum tido aku teringat2 nasihat korg.

bye :)

No comments:

Post a Comment